Recent News

sponser bapak besar

Khamis, 23 Jun 2011

sakit oh sakit.......AKU ADA PENYAKIT.....

malam td..perot dn pinggang aku tetiba sakit...rasa nak nangis jer rasa sakit nyer....
dengang rasa kerap nak terkencing lak tue...xsampai beberapa saat aku akn rasa nk terkencing lagi...
xtahan nyer rasa........rasa ngilu dn pedih tu membuatkn aku rasa xnak ke toilet tp rasa nk terkucilll la plak kalu xke toilet......
V
V
ngan rasa sakit pinggang yg xtertahan......aku cal makcik ku supaya tlg atakan aku ke hosp....



V
V
v
v
v
v
aku trus  ke hosp.....ngn sume ank2 aku...
v
v
v
v

sampai di sana aku trus ke pusat kecemasan
v
v

sampai di sana....aku trus menunggu giliran....masa tu aku xrasa isau ngn diri aku....rs sakit tu dpn aku tahan....cuma yg aku risau kn sgt2 ialah pada ank2.....apaakn jd ngn nasib dorang kalu2 aku tetiba ena masuk wad......ngn yaya yg masih bf....sian lak aku pk2....sedih lah hati nie.....sian pd ank2 aku yg masih kecil.....
v
v
v
setelah nama aku di panggil....aku pon masuk ke bilik doc utk membuat rawatan...
dlm 10min kemudian ...doc menyuruh aku g toilet utk membuat urin test....15min kemudian
doc memberitahu....yg aku mengidap 
v
v
V
v
v
v
v
batu karang....
v
v
v





satu penyakit yg xpernah muncul dlm pale otk aku....sbb selama ni aku ngt org tua2 jer yg ble dpt penyakit nie....

mula2 aku terkejut gak....tp benda dh jadikn....so aku kena cuba lawan la penyakit nie.......
v
v
v
v
ni yg buat aku nk kongsi cite ni ngn kwn2.....
v
v

Penyakit Batu Karang

Masalah dan Solusi Penyakit Batu Karang

Pengenalan : Batu Karang dalam Ginjal (Buah Pinggang)

Apa dia Batu karang dalam Ginjal? 

Batu yang terdapat dalam ginjal atau lebih dikenali dengan "Buah Pinggang" terjadi dari tumbuhan kristal halus dari beberapa jenis kimia. Kimia yang paling lumrah adalah kalsium oxalat, kalsium pospat dan yang kurang dikenali ialah asid uric, cystine dan magnesiam pospat ammonia.

Saiz batu karang ini ada yang halus seperti pasir dan boleh jadi sebesar bola golf. Kebanyakkan batu tumbuh membesar dalam ginjal, kemudian bergerak ke bawah ke dalam saluran kencing dimana ianya menjadi bertambah besar.

Kesulitan akan timbul apabila batu-batu menjadi terlalu besar yang mengakibatkan ganguan kepada perjalanan aliran air kencing. Ini boleh membawa kepada penyakit dimana kuman-kuman akan merebak. Gangguan dan/ atau perebakan kuman itu akan mengakibatkan kerosakan ginjal, jika tidak diubati segera.

Adakah batu dalam ginjal penyakit biasa ? 

Kejadian batu dalam ginjal ini adalah masalah biasa dalam saluran kencing. Adalah dianggarkan bahawa satu hingga lima peratus dari jumlah penduduk akan mengalami kejadian batu dalam ginjal ini pada sesuatu ketika dalam hidupnya.

Sesetengah orang mengalami kejadian batu karang hanya sekali, kemudian pulih dan tidak berulang lagi. Dalam kebanyakkan kes batu dalam ginjal adalah penyakit berpanjangan seumur hidup. Biasanya orang lelaki pertengahan umur lebih ramai yang mengidap penyakit ini dari kaum wanita.

Ada diantara penyakit batu karang ini disebabkan oleh zuriat keturunan. Jika terdapat sejarah kejadian penyakit ini di kalangan anda, mintalah nasihat daripada doktor anda.

Apakah tanda-tandanya ? 

Batu dalam ginjal jarang-jarang menimbulkan masalah ketika ianya mula terjadi. Tetapi apabila batu-batu itu beralih atau bergerak di dalam ginjal atau di dalam saluran kencing, kesakitan yang amat sangat \akan dirasai dan pendarahan biasanya berlaku sehinggalah sesudah batu itu keluar.

Dalam sesetengah kes, batu itu tersekat menyebabkan kesakitan dan membahayakan apabila kuman itu merebak. Bila ini berlaku, tanda-tanda seperti berikut akan dirasai iaitu pedih ketika buang air kecil, rasa loya dan air kencing berbau busuk. Ini memerlukan rawatan perubatan yang segera.

Bagaimana batu dalam ginjal itu diubati ? 

Pengubatan penyakit ini berbeza mengikut keadaan seseuatu kes itu. Jika batu-batu ini dapat keluar dengan spontan maka pengubatannya ialah dengan mengelakkannya dari berlaku lagi. Dalam hal ini pesakit akan disuruh minum air dengan banyak, sebanyak 3 liter sehari. Cara ini akan dapat membersihkan ginjal. Makanan pesakit juga akan diubahsuai bagi mengurangkan bahan kimia yang terdapat dalam badan pesakit. Apabila batu itu keluar, pesakit hendaklah menyimpannya untuk dibuat kajian. Kajian ini perlu untuk para doktor bagi menentukan sebab musabab terjadinya batu tersebut dan boleh pula membantu dalam rancangan pengubatan bagi mengelakkan berulang lagi penyakit ini.

Pengubatan telah berjaya didapati untuk menghancurkan batu asid uric dan systine. Dalam kes-kes yang lebih serius, apabila batu itu terlalu besar untuk keluar sendiri dan memudaratkan pesakit, suatu pembedahan adalah perlu.

Adalah penting diingatkan bahawa penyakit ginjal ini memerlukan pengubatan sepanjang hayat. Jika ianya tersekat dan perebakan kuman berlaku, maka ginjal atau buah pinggang tidak akan berfungsi lagi.

v
v

Cara Atasi penyakit Batu Karang

Masalah dan Solusi Penyakit Batu Karang


ADA banyak faedah jika kita sanggup berpantang sedikit dalam soal makan minum; terutama bagi mereka yang ada risiko mendapat penyakit atau pernah menghidap masalah kesihatan tertentu.
Bagi individu yang mengalami masalah batu karang, panduan di bawah mungkin dapat membantu meningkatkan kesihatan:

  • Minum banyak air masak untuk membersihkan air kencing.

  • Elakkan minuman manis, terutama minuman karbonat.

  • Kekurangan vitamin B6 dan potassium menyebabkan pembentukan batu karang. Makanan seperti barli, kentang, keledek, berasaskan tepung gandum, bunga kubis dan pisang mengatasi masalah kekurangan ini.

  • Elakkan makanan kaya asid oksalik seperti tomato, bayam, lobak merah, daging, strawberi, koko, coklat dan teh.

  • Kurangkan pengambilan garam dan gula, termasuk ikan masin, jeruk dan coklat.

  • Banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan kaya serat.

  • Kurangkan sumber protein haiwan, sebaliknya gantikan dengan protein tumbuh-tumbuhan.

  • Kurangkan minum kopi, teh dan alkohol.















  • dah selesai mendapat penjelasan dari doc......doc menyuruh aku makan ubat dengan mium air yg bnyk
    v
    v
    v

    banyak kn ubat.....aku harap dn berdoa yg penyakit aku yg baru tahap pertama dpt sembuh ngn cepat....
    aku kena kuat dn cekal demi ank2....yg masih memerlukan aku di samping dorang...
    aku akn kuat demi ank2ku....
    amin...




    1 ulasan:

    intan_blur berkata...

    siannye ko ain...nasib baik ade sepupu yg blh anta..sian yaya xpsal2..u take care ok

    KLIK la...nak masuk tabung anak²...huhuhuhu

    KLIK sini jOm..lepas nie saya KLIK awk pulak!